Deposit & Bayaran


Deposit Tawau Homestay Apas Permai



DEPOSIT

Deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan sewa akan dikenakan apabila tempahan sudah dipersetujui oleh kedua belah pihak, iaitu pihak Tawau Homestay Apas Permai dan juga bakal penyewa.

Deposit hendaklah di kreditkan ke akaun Tawau Homestay Apas Permai dalam tempoh 3 hari selepas tempahan di persetujui oleh kedua belah pihak.

Deposit akan dikembalikan sepenuhnya apabila pihak bakal penyewa membatalkan tempahan dalam tempoh masa 48 jam SELEPAS membuat deposit ke akaun Tawau Homestay Apas Permai.

Deposit tidak akan dikembalikan sama sekali (non-refundable) sekiranya pihak bakal penyewa membatalkan tempahan SELEPAS 48 jam membuat deposit ke akaun Tawau Homestay Apas Permai.



BAYARAN

Bayaran penuh bagi sewa homestay hendaklah diserahkan secara tunai kepada Tawau Homestay Apas Permai pada hari penyewa menerima kunci rumah dari pihak Tawau Homestay Apas Permai.

Sekiranya pihak penyewa bercadang hendak menambah lagi bilangan hari menginap, jumlah bayaran tambahan itu mesti diserahkan kepada pihak Tawau Homestay Apas Permai setelah bilangan tempoh sebenar hari menginap telah tamat.

Sekiranya pihak penyewa keluar lebih awal sehari dari tempoh yang sebenar, maka pihak Tawau Homestay Apas Permai akan mengembalikan semula bayaran lebihan selama sehari itu.


NO AKAUN TAWAU HOMESTAY APAS PERMAI

Atas sebab-sebab keselamatan, pihak Tawau Homestay Apas Permai tidak akan mendedahkan no akaun di dalam laman blog ini. Bagi tujuan deposit, pihak Tawau Homestay Apas Permai akan memaklumkan melalui emel atau telefon no akaun berkenaan.

No comments:

Post a Comment