Di sinilah letaknya Tawau Homestay Apas Permai, iaitu di kawasan kejiranan Taman Apas Permai, batu 14 Jalan Apas. Unit Homestay Apas Permai terletak di lorong 7 Taman Apas Permai. Homestay ini merupakan rumah 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air untuk kemudahan para pengguna. Homestay ini amat bersesuaian bagi rombongan keluarga pengantin yang datang dari luar Tawau, sesuai juga untuk sewaan keluarga besar yang sedang bercuti di Tawau-Semporna, Grup-grup yang datang berkursus atau untuk mereka-mereka yang datang bagi aktiviti kesukanan di Tawau.
BILIK TIDUR & BILIK AIR
Terdapat 3 bilik tidur di Tawau Homestay Apas Permai. Master bedroom dan bilik ke-2 dilengkapi dengan katil bersaiz queen. Bilik ke-3 pula dilengkapi katil bersaiz single. Kesemua bilik tidur lengkap dengan tilam, bantal dan juga kipas angin. Bilik air pula ada dua. Kedua-dua bilik air ini dilengkapi dengan built-in shower, baldi, gayung, cecair mandian, syampu dan ubat gigi.
RUANG TAMU
Ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga set televisyen + Astro Njoi. Kipas siling ada di ruang tamu untuk memastikan anda sentiasa sejuk dan selesa.
RUANG MAKAN
Ruang makan dilengkapi dengan set meja makan 6 kerusi. Pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan gelas turut disediakan. Selain itu, periuk nasi dan cerek elektrik juga ada disediakan untuk memudahkan para penyewa memasak nasi dan membuat air.
RUANG DAPUR
Ruang dapur minimal tapi lengkap disediakan untuk kemudahan para penyewa menyediakan makanan semasa menginap di homestay. Kuali, senduk kuali, dapur gas disediakan. Kami juga turut menyediakan garam, gula, serbuk secukup rasa dan serbuk kunyit secara percuma bagi memudahkan penyewa memasak. Sinki, cecair pencuci pinggan dan cecair pencuci tangan juga ada disediakan.
LAIN-LAIN
Peralatan lain yang tersedia di homestay adalah mesin basuh semi-auto + cecair pencuci baju, peti sejuk, seterika dan tempat penyidai kain mudah-alih.
Klik untuk mengisi borang tempahan melalui Whatsapp
No comments:
Post a Comment