Friday, 9 December 2016

Homestay RM120/mlm Di Tawau

Homestay Murah Tawau


Hello semua! Lamanya kami tak post apa-apa di blog ni kan? Maklum lah, kami di J3 Homestay Tawau begitu sibuk menguruskan tempahan anda semua di homestay apas permai ini. Memang laku macam pisang goreng panas. Mana taknya, inilah satu-satunya homestay 3 bilik yang lengkap pada kadar RM120/mlm di Tawau, memang sentiasa jadi pilihan. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Untuk makluman, sejak dilancarkan pada bulan Mei lepas, homestay apas permai ini telah dikunjungi oleh lebih dari 100 penyewa yang terdiri dari keluarga besar, syarikat-syarikat kontraktor dan juga ahli-ahli grup konvoi yang ada event di Tawau. Terima kami ucapkan. Pun begitu, kami kadang-kadang tidak dapat mengambil semua tempahan. Ini kerana ada tarikh yang bertindih dan ada juga kerana kami perlu kosongkan homestay selama 1-2 hari bagi tujuan pembersihan dan pembaikan.

Untuk bulan Disember ini, seperti biasa homestay kami penuh, Maklum lah, cuti sekolah. Dan tiap cuti sekolah tempahan yang kami terima memang berlipat-ganda. Apa pun, untuk bulan Januari 2017, masih ada kekosongan lagi.  Pada yang berminat menempah homestay 3 bilik yang paling murah di Tawau pada bulan Januari nanti, jangan lupa SMS/WHATSAPP J3 Homestay Tawau di talian 013-5499-359. Siapa cepat, dia dapat yea. Oh ya, kenapa SMS/WHATSAPP saja? Nak call tak bolehkah? Boleh saja, tak ada masalah. Untuk call hubungi terus Mr. Haikal, iaitu penyelia J3 Homestay Tawau di talian 011-3966-3963. Mudah kan? Jadi tunggu apa lagi? SMS boleh, whatsapp boleh call pun boleh. Semua boleh pun boleh bah kalau kau ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
Whatsapp Booking: Booking Terus Ke Inbox Kami
H/P: 011-3963-3963

Instagram: @j3_homestaytawau

Monday, 6 June 2016

Pelanggan Homestay Apas Permai Tawau


Ini dia antara pelanggan yang pernah menginap di Homestay Apas Permai, Tawau baru-baru ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Herwan dan rakan-rakan yang telah memilih Homestay Apas Permai. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Selain En. Herwan, terima kasih juga kami tujukan untuk En. Mustapha, Puan Sitti, En. Hafizz, Pn. Jassica, En. Khairuddin dan En. Ardiansah yang telah bersama kami di sepanjang bulan Mei yang lepas.

Tempahan untuk bulan Ramadhan ini telahpun bermula. Kepada yang datang berkunjung ke Tawau sempena bulan puasa ini, jangan lupa hubungi Homestay Apas Permai Tawau untuk mendapatkan homestay yang selesa untuk didiami sepanjang berada di daerah ini. Kami jamin rate homestay kami adalah yang paling murah di seluruh Tawau. Memang sangat berbaloi. Rumah pun, rumah baru dan terletak di persekitaran yang cukup selamat (jiran-jiran terdiri dari polis esscom).

Jadi jangan tunggu lama-lama. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 013-5499-359 (call/sms/whatsapp). Anda juga boleh membuat tempahan online dengan menekan butang tempahan di sebelah kanan atas laman blog ini. Mudah sahaja. Harga sewa Homestay Apas Permai hanya RM120/mlm. Jadi sudah pasti jadi rebutan. Anda jangan terlambat ya ;) 

Monday, 9 May 2016

Tawau Bajet Homestay

Tawau Homestay Apas Permai


Perlukan homestay bajet di Tawau? Sila hubungi kami di Tawau Homestay Apas Permai. Dengan kadar super bajet RM120/mlm, Tawau homestay Apas Permai sesuai untuk anda yang datang ke Tawau untuk urusan percutian ataupun urusan kerja.  

Tawau homestay Apas Permai terletak di batu 14 Jalan Apas, Tawau. Homestay ini merupakan sebuah rumah 1 tingkat dan mempunyai 3 bilik tidur. 

Kesemua bilik tidur dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan single. Kesemua bilik tidur juga tersedia dengan kipas siling dan kipas berdiri untuk keselesaan pengunjung.

Bilik air dengan built-in shower juga turut disediakan. Cecair mandian, syampu dan ubat gigi diberi secara percuma untuk kegunaan pengunjung sepanjang tempoh penginapan.

Peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi, cerek elektrik, seterika ada disediakan. Selain itu, Tawau homestay Apas Permai juga turut menyediakan keperluan asas yang lain seperti garam, gula, ajinomoto, pinggan mangkuk, gelas, sudu, garpu, kuali dll untuk kegunaan pengunjung.

Lokasi homestay adalah 10 minit dari Airport Tawau, 15 minit dari Institut perguruan Tawau dan kampus UiTM cawangan Tawau dan 20 minit dari bandar Tawau.

Untuk tempahan, sila hubungi 013-5499-359 atau email kepada homestaytawau@gmail.com