Monday, 9 May 2016

Tawau Bajet Homestay

Tawau Homestay Apas Permai


Perlukan homestay bajet di Tawau? Sila hubungi kami di Tawau Homestay Apas Permai. Dengan kadar super bajet RM120/mlm, Tawau homestay Apas Permai sesuai untuk anda yang datang ke Tawau untuk urusan percutian ataupun urusan kerja.  

Tawau homestay Apas Permai terletak di batu 14 Jalan Apas, Tawau. Homestay ini merupakan sebuah rumah 1 tingkat dan mempunyai 3 bilik tidur. 

Kesemua bilik tidur dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan single. Kesemua bilik tidur juga tersedia dengan kipas siling dan kipas berdiri untuk keselesaan pengunjung.

Bilik air dengan built-in shower juga turut disediakan. Cecair mandian, syampu dan ubat gigi diberi secara percuma untuk kegunaan pengunjung sepanjang tempoh penginapan.

Peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi, cerek elektrik, seterika ada disediakan. Selain itu, Tawau homestay Apas Permai juga turut menyediakan keperluan asas yang lain seperti garam, gula, ajinomoto, pinggan mangkuk, gelas, sudu, garpu, kuali dll untuk kegunaan pengunjung.

Lokasi homestay adalah 10 minit dari Airport Tawau, 15 minit dari Institut perguruan Tawau dan kampus UiTM cawangan Tawau dan 20 minit dari bandar Tawau.

Untuk tempahan, sila hubungi 013-5499-359 atau email kepada homestaytawau@gmail.com

No comments:

Post a Comment